Di awal penceritaan, kita diperkenalkan kepada dua watak utama—Sofea dan Danny—yang dahulunya bersahabat baik semasa zaman persekolahan. Namun, kerana salah faham yang tidak diselesaikan, mereka membawa haluan masing-masing. Sofea kini bekerja dalam dunia korporat yang penuh persaingan, manakala Danny memilih laluan sebagai peninju profesional.
Penulis kemudiannya menyuntik unsur misteri apabila watak Sofea digambarkan seolah-olah sedang melarikan diri daripada seseorang, menjadikan dirinya paranoid dan sentiasa berjaga-jaga. Dalam masa yang sama, Danny pula mula menyedari bahawa dirinya dipergunakan oleh sebuah organisasi rahsia yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia sukan Nusaraya. Organisasi ini dikatakan memanipulasi kehidupan tokoh-tokoh ternama dengan janji kemasyhuran, selagi mereka akur kepada arahan yang diberi.
Apa yang aku suka tentang buku ini ialah gaya penceritaannya yang pantas dan mendebarkan. Premisnya juga unik—gabungan dunia korporat yang penuh drama, hasad dengki, dan politik kotor, bersama konflik dalaman watak-watak yang menarik.
Namun, aku merasakan pembangunan watak agak mendatar. Kebanyakan watak tampak dua dimensi, dan ada beberapa babak yang terasa tidak relevan, malah sedikit cringey dan ada part yang eh tiberr pulak. Walaupun begitu, aku tetap berpuas hati dapat menghabiskan bacaan ini, lebih-lebih lagi selepas hype buku ini sedikit reda. Ia tetap satu pengalaman yang menghiburkan.