Aku tak tahulah apa masalah aku. Walaupun banyak persoalan bila baca buku ni tapi aku gagahkan juga habiskan. 

Pertama kali baca Tahereh Mafi. Berkaitan persoalan yang aku kata tadi, ada juga jawapannya di akhir-akhir cerita tapi aku masih tak puas hati. 

Ibu Alice ada kuasa apa? Semasa event mempertontonkan kuasa (pada awal-awal bab) pada aku tak digambarkan secara menyeluruh. Sebelum ini Oliver pernah ke Furthermore tapi tak pulak dia ceritakan macamana dia balik semula mencari Alice. 


Ada jugak scene yang aku suka iaitu Alice and Oliver bertemu dengan Mr Time/ Tim dan dengan Ancilly.




Recently aku ada baca genre historical romance. Tapi scenenya kurang umph. Walaupun plotnya bagus. Historical romance bagi aku kena ada rank seperti Earl, Baron dan sebagainya. 

Kali ni watak utamanya berumur sekitar 40+ tahun. Pelikkan? Selalunya watak utama gadis baru nak buat debut. 

Baru muka surat 86 tapi memang asyik. Tulisan Balogh bagus dan watak-wataknya begitu menjiwai keadaan semasa.


Aku tak tahu nak anggap perkara ni suatu yang misteri atau pelik atau wtf.
Aku jenis tak kisah siapa follow atau unfollow aku dekat instagram.
Tapi suatu perkara berlaku.
Setiap minggu mesti ada seorang pilot follow aku.
Of course lah aku tak tahu motif dan tak pulak aku bertanya motif itu.
Aku taklah trigger sangat sebab takde pulak mereka dm atau sebagainya.
Yang musykilnya ada saja manusia yang gigih buat akaun instagram.
Aku nampak beberapa patern akaun mereka dibuat tahun ini dan penuh dengan gambar selfie.
Aku hanya ada satu tanggapan kepada mereka yang obses dengan muka sendiri ni.




























Entahlah. Aku selalu cuba mencabar diri untuk baca buku selain daripada buku yang biasa aku baca. Dan aku selalu cabar untuk habiskan tanpa banyak songel walaupun banyak je buku yang aku pending.

Sesuai ke tajuk Assassin ni aku tak tahu. Tapi radikal dalam Islam tu memang sesuai. Untuk yang kurang pengetahuan seperti aku bercakap pasal Syiah rasa macam tak adil. Aku ada pendirian sendiri.


Ulasan 10 cent aku :

Di perenggan terakhir aku petik, '...barangkali merupakan pokok yang paling penting adalah kegagalan menyeluruh mereka. Mereka tidak berhasil menguasai satu kota pun. Bahkan wilayah istana mereka tidak lebih dari sebuah kerajaan yang sangat kecil, di tengah-tengah sebuah zaman yang dipenuhi dengan penaklukan, sementara para pengikut mereka lambat laun berubah menjadi komunitas kecil yang damai, terdiri dari para petani dan pedagang - sebuah minoritas di antara begitu banyak sekte.


Walau demikian, harapan-harapan mesianik dan revolusioner yang mendorong mereka ini terus meruah, dan ideal-ideal dan metode mereka ditiru oleh banyak kelompok. 






Library banyak je buku.
 Tapi buku yang aku minat, takde.
Untuk minggu ni bolehlah cuba novel DBP dari penulis Leyla Shuri tahun 2015.


Kita tengok apa kata Faulkner pulak. Kau jangan buat aku mengantuk sudahlah.



Ok. To be honest aku dah berjaya melakukannya. Mula-mula aku off kan phone (sebab utama aku habiskan bateri main game). Game pun aku tinggal 3 je. Instagram pulak, aku unfollow tinggal 170+, facebook aku unfriend tinggal 160+, twitter aku unfollow tinggal 180+, whatsapp aku mute notifications. Pinterest, tumblr, blogspot aku uninstall. 

Tinggal lagi page facebook. Banyak giler page yang tak penting dalam hidup aku pegi gatal tangan like suatu ketika dahulu. 4000 pages. Gilakan? Sampah. Aku boleh je deactivate. Cuma aku nak buang sampah-sampah tu dulu.

Cubalah buat. Macam bulan lepas aku berjaya habiskan beberapa buah buku di luar kebiasaan. Aku rasa macam suatu kejayaan yang sukar nak diungkapkan. Hah, gitu.


Mungkin sudah tiba masanya aku fikirkan soal kalori mulai sekarang. Sebelum ni aku pernah diet melalui kaedah kira kalori. Berkesan jugak. Turunlah 2- 3 kg. Itulah berat badan ideal bagi aku pun. Tapi sejak akhir-akhir ni aku sengaja melayan nafsu. Padahal aku yang masak je pun bukannya mak aku. Kalau mak aku masak entah berapa kg bertambahlahkan.

So, to make it short, chaiyok!