Kalau kita merasa kita susah, cuba baca buku ni. 
Tapi kisah ini berlaku di Thailand sekitar tahun 70an macam tu. 
Walau pun bukan kisah sebenar (aku agak) tapi mirip saja dengan kehidupan masyarakat di sana.
Macamlah aku pernah duduk dekat Thailand kan.

Aku suka memetik prakata oleh penulis -
Adakah erti kehidupan ini hanya dapat diukur dengan tempat lahir, taraf pendidikan dan juga penerimaan sosial masyarakat setempat?
Apabila kita menjalani hidup dalam sesebuah masyarakat, adakah kita tidak mempedulikan mereka yang kehidupannya nyata berbeza?

Buku untuk remaja ini memang sesuai dibaca. Menanam sikap empati dalam diri itu penting di akhir zaman ini.






Aku cuba. Cuba untuk meminati buku bergenre self-help. 
Pertama dan terakhir aku baca ialah Eat, Pray, Love.

Eh.
Aku terlupa satu buku.
Nampak sangat tak memberi kesan pada diri aku sampai aku lupa pernah baca.
Rehab apa ntah oleh Faiz Ibrahim.
Lebih kuranglah tulisannya.
MatLuthfi pun jugak.

Aku tak ingat penulis Elizabeth pernah mengangkat bakul atau tak.
Tapi buku tu rasanya lagi tebal kot.

Apa-apalah.
Yang penting buku ni sesuai untuk remaja yang menengah atas, yang tak lama lagi akan menghadapi alam uni atau kolej.







Aku tahu kenapa Aisya kata, bolehlah bila aku tanya pendapatnya tentang buku ini. 
Mungkin sebab utama ialah dialek. 
Aku takde masalah dengan dialek Sabah.
Bagusnya tentang buku ini aku dapat belajar beberapa perkataan, budaya dan makanan orang Sabah. 

Dari segi plot, bagi aku boleh diterima tapi masih boleh diperkemas. 
Sama ada ada link dengan Asrama, aku tak tahu. 
Penulis tak beritahu.
Selalunya kalau penulis international yang buat siri seperti James Patterson, dia ada recap sikit kes sebelumnya. 

Ada beberapa scene aku kurang tangkap.
Miss Anna yang tak mati semasa kebakaran.
Kebakaran itu sendiri misteri.
Dari dewan makan, bawa ke aspuri dan aspura.
Extreme sangat.
Dorm bukan besar sangat kot.
Betul ke dia dipukau untuk membakar asramanya.
Siapa lelaki dan budak perempuan yang menumpangkannya. 
Dan endingnya.
Mungkin penulis nak membangkitkan misteri.
Tapi, please jangan ada Asrama 3.

Secara keseluruhan boleh dibaca.
Secara tak langsung teringat aku semasa di aspuri 2.
Baru aku tahu takde pun kenangan yang aku simpan semasa duduk asrama.
Kalaulah ada kapsul masa.


Sepatutnya setiap sekolah patut ada kapsul masa, back then.
Sekarang ni seronok dah ada phone.
Tinggal klik je.







Lain budaya, lain adatnya. Apa yang kita mampu buat adalah menghormati. Suka atau tidak, kita simpan dalam hati.

Tapi Pilkings tak macam tu. Dia ingat, dia penjajah, maka dia lebih bijak dari orang lain. Aku kurang minat membaca atau menonton naskhah yang berunsurkan diskriminasi tapi Soyinka bijak mengawal suasana.

Ada sinis yang disampaikan secara langsung dan tersirat. 





Aku baca sebab ia tulisan Azizi Haji Abdullah dan sebab kedua ia adalah novel yang memenangi Sayembara Novel Remaja Anjuran Pusat Islam 1993. 

Pada aku bila baca sinopsis macam dah boleh agak apa kesudahannya. Tapi bila habis baca aku rasa macam tak puas hati. Adakah empati aku terlalu menebal? Atau aku terlalu selfish sebab mahu penulis mengikut kehendak aku?

Aku tarik nafas dalam-dalam. Tenangkan fikiran. Aku cuba asingkan hal dunia dan aku petik kata Masudah di muka surat 201,"Di sini Udah menyebarkan ajaran dan pengetahuan kerana inilah saja yang dapat Udah korbankan sementara menunggu maut. Apakah tidak mulia kerja Udah begini, Zuki?"

Bila Masudah mengambil keputusan begitu aku tak salahkan dia. Aku cuba letakkan kesalahan pada Marzuki. Aku rasa itu lebih mudah. 






Pertama kali aku baca buku tulisan S. M. Noor. Padahal di rumah ada satu lagi buku tulisannya Infitar aku tak baca lagi. Bila tengok sinopsisnya aku rasa macam pergolakan rumah tangga rasanya. Tapi bila baca aku tak berhenti rasa sebak dan menitiskan air mata. Tulisan SMN betul-betul menusuk jiwa aku.

Nilai sebuah persahabatan dibawa hingga ke akhir hayat. Scene Zaidin meminang Hashimah bagi pihak Adam amat menyentuh hati. Alangkah bertuahnya Adam mempunyai sahabat sebaik Zaidin. Tapi jangan dilupa watak Jamilah juga berjaya menggerakkan novel ini.

Aku merasakan yang watak-watak ini betul-betul hidup. Aku akan baca Infitar dalam waktu yang terdekat.










Penulis-penulisnya lahir lebih kurang 1902-1935. Jadi boleh tahu bagaimana flow plot cerpen-cerpen yang ditulis.  

Banyak cerpen yang best. Yang paling aku suka Senjakala, Lelaki dan Ladangnya dan Beg Pakaian Yang Hilang. 

Masih relevan hingga sekarang. Nama je moden tapi pemikiran masih di tahap lama.





Semalam mula baca. Hari ni habis. Gigih sangat aku cuba nak memahami jiwa anak muda yang menggilai buku ni. 19 cetakan. Wow. Mula- mula baca aku kata dalam hati, halamak! Apa benda ni. 200 muka surat pertama maknanya separuh buku, aku rasa buku ni boleh dikategorikan sebagai buku alaf 21/ buku prima tapi versi fixi sebab bahasa slanga. Macam ala-ala teman lelaki upahan. Aku hampa.


Tapi muka surat 211 mengubah sedikit riak muka aku. Kali ini baru nampak flaw fixi yang pekat tu. Masa tu baru aku tahu kenapa budak-budak suka dengan Nadia Khan. Walaupun aku tak suka dengan cinta songsang tapi pada aku buku ini boleh diterima sebab story linenya agak baik. Normallah cerita Melayu mesti ada scene-scene yang tak penting atau tak sesuai. 


Berkaitan dengan cover buku. Dari 2011 aku dah nampak cover yang sama tapi aku tak pandang secara detail sebab aku tak baca buku ni sampai habis. Sekali imbas aku ingat dia perempuan. Rupanya...